KOTA KINABALU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyifatkan Kerajaan Negeri Sabah sebagai gagal dalam mengurus dan mengambil tindakan sewajarnya sehingga berlaku gangguan bekalan elektrik dan air yang kritikal di negeri itu
Justeru Ahli Parlimen Beluran itu mendesak kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu segera mengambil tindakan lebih berkesan untuk menangani masalah berkenaan yang semakin kritikal ketika ini sehingga menjejaskan kehidupan penduduk.
Dakwa Ronald, jika sebelum ini masalah berkenaan hanya berlaku di kawasan luar bandar, namun ia kini mula menular ke bandar termasuk ibu negeri Kota Kinabalu.
"Malah lebih serius lagi beberapa hari lalu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu juga tidak terkecuali daripada mengalami gangguan bekalan air.
"Kegagalan kerajaan negeri menangani gangguan bekalan utiliti penting ini memalukan dan merosakkan imej Sabah sebagai negeri pelaburan dan pelancongan.
"Kegagalan kerajaan negeri menangani masalah ini mengecewakan dan bertentangan dengan hasrat seperti yang digariskan dalam teras Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu untuk memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi dan mengutamakan pembangunan infrastruktur," katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.
Ujarnya lagi, kerajaan Sabah sepatutnya mempunyai perancangan yang baik untuk mengatasi masalah yang menyebabkan kehidupan tidak selesa penduduk negeri ini.
"Rakyat Sabah tentu ingin melihat Kerajaan Madani (Persekutuan) dan Kerajaan Sabah Maju Jaya ini lebih prihatin dan mengambil tindakan berkesan untuk menangani masalah gangguan bekalan elektrik dan air yang sedang melanda Sabah ketika ini.
"Gangguan bekalan elektrik dan air yang kritikal pada masa ini adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan negeri mengurus dan mengambil tindakan yang telah dikenalpasti sejak sekian lama," katanya
Radhi Muslim
Thu May 18 2023
Ronald Kiandee mendakwa gangguan bekalan air dan elektrik di Sabah bukan hanya membelenggu penduduk luar bandar malah sudah menular ke bandar termasuk di Kota Kinabalu. - Astro AWANI
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penggunaan tinggi, tekanan air rendah punca gangguan air - Exco
Penggunaan air yang tinggi dan tekanan air rendah akibat lokasi di hujung kawasan sistem bekalan air antara punca Felda Bukit Permai di Kulai mengalami gangguan bekalan air.
Gangguan air P.Pinang: Kerajaan teliti keperluan beri geran atau pinjaman - Fadillah
Ia bagi menyelesaikan pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth.
Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.
Gangguan bekalan air: MBPP sedia 98 tangki statik di kompleks penjaja, pasar
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membekalkan 98 buah tangki air statik di 82 kompleks, pasar dan tapak penjaja dalam kawasan pentadbirannya.
Gangguan bekalan air di luar musim puncak, tidak jejas pelancongan Pulau Pinang
Gangguan bekalan air selama empat hari di seluruh Pulau Pinang pada Januari ini tidak akan menjejaskan industri pelancongan negeri itu dengan ketara.
Gangguan bekalan air: Pengguna terjejas diminta simpan air secukupnya
Pengguna terjejas susulan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di LRA Sungai Langat pada 10 Oktober diminta membuat persediaan awal termasuk menyimpan bekalan air secukupnya.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.
Gangguan air jejas 60,000 penduduk di Labuan
Lebih 18,000 pemilik akaun atau lebih 60,000 penduduk di pulau bebas cukai ini sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual yang berpunca daripada kerosakan pam utama Pulau Enoe.
Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah
Kualiti air Sungai Muda tidak terjejas dengan pencemaran meskipun berlaku kerosakan pada satu pintu kawalan Ampang Jajar Sungai Muda.